pakar perubatan anda:
Allah Azzawajalla
peringkat simptom penyakit jiwa:
1. pesakit melakukan maksiat, tetapi kemudiannya timbul rasa bersalah dengan dosa yang dilakukan. Ada keinginan untuk berjaga-jaga dengan melakukan dosa yang sama lagi pada masa akan datang. ini merupakan simptom awal.
2. BIASA DENGAN DOSA-dosa yang kerap dilakukan menyebabkan terkikisnya rasa bersalah pada Allah. Semakin lama, virus dosa sudah sebati dalam hati.
3. SERONOK BUAT DOSA- seperti orang mengantuk disorongkan bantal, pesakit jiwa rasa didodoikan dengan dosa yang dilakukan. Mereka ketagih untuk terus melakukan dosa.
4. MEMPROMOSI DOSA- sudahlah menjadi pesakit, orang ramai turut sama disebarkan dengan virus penyakit. Hati-hati dengan pesakit jiwa!!
**simptom semakin teruk jika tidak dirawat lebih awal
punca jiwa kosong
tujuan hidup masih belum jelas. persoalan-persoalan seperti; dari mana aku datang, siapa yang mencipta aku, untuk apa aku diciptakan, kemana aku selepas dunia musnah, perlu selalu ditanya kepada diri supaya dapat hidup di dunia dgn agenda yg teratur dan bermatlamat.
ubat jiwa
- MEMBACA AL-QURAN
- QIAMULLAIL
- PERASAAN LEBIH TENANG
- HATI TERASA DIPANDU
- AKAL POSITIF
1. USAH TERGESA
sesuatu tindakan perlu difikirkan sebab dan akibat. jgn tergesa-gesa dalam bertindak. dahulukan kehendak agama.
2. JAUHI HASAD DENGKI
perasaan hasad meruntuhkan bangunan amal yg sudah dibina. ia sebenarnya memakan diri sendiri, bukannya orang yang dihasadkan. jiwanya sentiasa tidak tenang kerana memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain.
3. TAWADUK
orang sombong terlupa ada yang lebih tinggi dan hebat berbanding mereka. hakikatnya, sombong memperkecil dan merendahkan diri sendiri pada pandangan Allah dan manusia yg lain.
4. BERHENTI BERANGAN-ANGAN PANJANG
berangan-angan umur masih pjg dan masa lebih byk untuk membuat bekal amalan??? hentikan..
menunda-nunda perbuatan yang baik atau tidak gerun pd azab melakukan dosa kerana merasakan masa masih PANJANG merugikan diri sendiri...JOM SEGERA BERAMAL!!!!
5. ISI SEBELUM KOSONG
sememangnya mengekalkan kesihatan jiwa tidak semudah merawat jiwa. untuk mengelakkan jiwa KEMBALI SAKIT, isilah jiwa dengan keperluan fitrahnya. teruskan BERDOA,teruskan juga membaca AL-QURAN dan turut sama MAJLIS ILMU. semoga kita cenderung terisi dengan kebaikan, lantas dijauhkan daripada jiwa yang kosong,sakit dan melarat. Allahuamma Amin...



































