Saturday, 9 June 2012
Jangan Tinggalkan ISTIGHFAR....
Seorang pernah mengadu dia kelaparan kepada Hasan al-Basri. Maka beliau berkata kepadanya, "Beristighfarlah kepada Allah!" Seorang lagi mengadu tentang kefakirannya, maka beliau juga berkata "Beristighfarlah kepada Allah!"
yang lain berkata kepadanya, "Berdoalah kepada Allah agar Dia menganugerahkan aku seorang anak!" Maka Hasan al-Basri berkata kepadanya, "Beristighfarlah kepada Allah!" Seorang lagi mengadu mengenai kegersangan kebunnya, maka respon beliau juga sama, "Beristighfarlah kepada Allah!"
Lalu Rabi' bin Sabih berkata kepada beliau, "Beberapa orang telah mendatangimu dan mengadukan pelbagai perkara, tetapi engkau hanya menyuruh mereka agar beristighfar?
Hasan al-Basri menjawab: "Apa yang aku ucapkan itu sedikit pun bukan dari diriku sendiri. Sebab Allah berfirman dalam surah Nuh; Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Nuh:10-12)
Seseorang bertanya kepada Hasan al-Basri, "Tidak malukah salah seorang daripada kita kepada Rabbnya, jika dia berbuat dosa kemudian beristighfar, lalu melakukan dosa lagi, lantas beristighfar, dan demikian seterusnya?"
Maka beliau berkata kepadanya, "Syaitan ingin supaya dia dapat mengalahkan kamu dalam masalah ini. Kerana itu jangan sekali-kali meninggalkan istighfar selama-lamanya!" >_<
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment